October 20, 2011

nak kahwin pon salah ke..??

Salam semua yang sudi singgah blog aku ini. Terima kasih yaaa...
banyak benda yang aku dok fikirkan sejak dua menjak ni, sehinggakan aku sendiri tidak punya masa untuk post entry di blog ini...rindu nak menaip-naip la pulak..hihi..

Kesibukan yang sememangnya serabutkan otak aku ini adalah amat penting kerana ini akan menentukan masa depan aku kelak.
mak aii, asal aku bermonolog dengan serius ni? ooh tidak stop being like that, tension la izan oii.. just chill la ok, benda boleh settle maa.. fffuuhhh!~
Bukan nya apa ya sahabat, aku sekarang ni tengah pusing kepala. makin bertambah hiruk pikuk dalam hotak ni bila tengok ada di antara kawan2 aku yang dah kahwin and on the road nak kahwin. eceehh.. nak citer pasal perihal kahwin la ni sebenarnya..

Cerita pasal kahwin, angan-angan kalau orang tua-tua kata kan, dialog biasa yang selalu kita yang muda ni nak kahwin dengan secara rela hati adalah seperti di bawah :

''elok sangat la tu nak kahwin, banyak duit ko? kerja baru setahun jagung dah berangan nak kahwin'',

haiisshh...!~ aiipp!~ apalah makcik-makcik dan pakcik-pakcik oii, cubalah amik serius bila golongan muda berbicara pasal kahwin ni. kami serius!!!!~
hadoihye, salah ke kami mengatakan niat kami itu. dussshhh!

apa pon setiap gadis punya impian perkahwinan yang diimpikan indah dan sanagt cantik. saat manis dalam hidup perlu di deklamasikan pada hari yang bahgia dengan penuh rasa cinta.. hakk tuuiihh!~
sama la, aku sekarang ni sibuk usha segala benda untuk preparation. ini masih lagi dalam perancangan so, rilkes la k. kalian doakan la ye.
layan angan-angan aku jom...

vintage bouquet
bunga tangan yang sangat cantik... lain dari yang lain sebab ianya di gubah dengan menggunakan kuntuman bunga dari bahan kristal dan batu permata yang memang nampak klasik.biasanya kita akan selalu guna bunga-bunga segar  yang, tapi kali ni nak nampak lain sikit, aku berminat nak cuba yang macam ni. nice what..?


pelamin ni pon agak unik kan, rasa macam fairy tales siap ada effect snow lagi kat pallet. sangat cantik. teringat dalam cerita cartoon Cinderella tu.

dan apa yang seperti yang di atas, adalah sebuah angan-angan. nak di jadikan inspirasi tak salah kan. hopefully it will be come true. ecehhh....

apa yang penting kesederhanaan ya, jangan terlalu ikutkna trend semasa yang boleh membuatkan kita berbelanja lebih.  memang lah orang akan cakap nai pelamin sekali seumur hidup, apa salah berhabis untuk sedetik je. oohh tidak, kalau tak mampu jangan la sibuk nak buat majlis besar2. buat takat mana je yang mampu. niat nya sama, khawin. bukannya jadi lain pon kalau buat havoc sakan, btol tak??

so, lets fikirkan apa yang kita mampu, biar pi la orang nak kata hapa kat kita... kalau nak dok ngumpat time majlis. komplain itu tak kena, ini tak kena... mana tu mana ni.. aiiiooii.. semua orang time tu nak jadi wedding planner. nyampah betol. time tu la ramai yang tunjuk bakat masing-masing. apakah..???

Golongan The Joyah time tu la paling meriah. siapcakap mak andam tak gheti solek. mana seri si pengantin oii..

enough is enough ok puan sri oi, now is my wedding is u dont like i sorry this is not for yours.!

inilah tips yang aku gunakan untuk planning in a year from now...
Sebaik-baiknya, anda perlulah merancang lebih awal supaya tak kelam-kabut nanti.


1. Duit belanja yang mencukupi

  • Seperti yang telah dinyatakan tadi, biasanya belanja kahwin ni agak tinggi. Jadi, pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan.
  • Anda mesti tentukan sendiri bajet maksimum. Kira dulu duit yang anda ada. Kira betul-betul tau. Kalau tersilap, takut anda yang susah nanti.
  • Kemudian, bahagikan kepada 2. Iaitu perbelanjaan yang diperlukan dan jumlah yang perlu anda simpan.


2. Semak bajet dengan teliti

  • Bagi memastikan perbelanjaan perkahwinan anda sentiasa dalam kawalan, semaklah selalu bajet anda supaya tak terkucil. : )
  • Pastikan semua keperluan utama telah dibeli terlebih dulu. Kalau ada duit lebih, barulah pertimbangkan untuk menambah lain-lain item dalam senarai.
  • Kalau tak, anda mungkin berisiko tinggi untuk terlebih belanja. Akibatnya, lepas kahwin nanti alamat lah hutang keliling pinggang. ; (


3. Berkongsi simpanan

  • Hah, idea ni memang bagus. Demi kebaikan anda bersama, boleh juga berkongsi simpanan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Ataupun buka satu akaun bersama. Secara tak langsung, cara nie dapat mempercepatkan masa untuk anda disatukan. Mesti best, kan?
  • Ermmm... tapi ada syaratnya. Kedua-dua belah pihak mesti ada kepercayaan antara satu sama lain. Mestilah berdisiplin dalam usaha-usaha menyimpan. Jangan harapkan sebelah pihak saja.
  • Inikan majlis impian anda berdua, kan? Jadi, ada baiknya anda membuktikan kesungguhan terhadap pasangan pada saat ini mana degupan ah!


4. Ikut keutamaan

  • Jika bajet anda agak terhad, sila utamakan persiapan yang penting dahulu. Ini dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan.
  • Sebagai contoh, mana lebih penting antara mengupah khidmat jurugambar untuk majlis perkahwinan anda dengan dj untuk menghiburkan tetamu?
  • Kalau anda tanya saya, tentulah saya pilih upah jurugambar untuk mengabdikan kenangan terindah ketika menjadi raja sehari. Boleh tunjuk kat anak cucu nanti. :D


5. Survey sebut harga perkhidmatan

  • Contoh perkhidmatan yang mungkin anda perlukan adalah jurugambar, sewa baju pengatin, hiasan pelamin, katering, khemah dan kad jemputan.
  • Buat sedikit kajian tentang sebut harga perkhidmatan yang bakal anda gunakan. Cari 3-5 pihak untuk setiap jenis perkhidmatan dan bandingkan harga serta pakej yang ditawarkan.
  • Pilih pihak yang menepati bajet di samping mampu memberikan hasil yang memenuhi selera anda.
  • Kalau anda ada member yang menyediakan perkhidmatan tu lagi bagus. Boleh dapat diskaun. Jimat dan senang kira gitu. Kalau anda bernasib baik, mungkin boleh dapat sponsor lagi. :D


6. Kira kos sebenar

  • Setelah meneliti 5 aspek di atas, dapatkan kos sebenar untuk setiap barangan dan lain-lain kos sampingan yang terlibat.
  • Ini memudahkan anda buat perbandingan untuk jumlah perbelanjaan setiap barangan beserta dengan perkhidmatan tersebut.


Kepada anda yang merancang untuk berkahwin kelak, harap 6 tip merancang perbelanjaan perkahwinan di atas dapat memberikan sikit idea yang anda perlukan.

Kalau anda inginkan lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan cara mengendali dan mengurus perbelanjaan perkahwinan anda dengan bijak, satu panduan khusus iaitu


sumber - http://jom-jimat.blogspot.com/2008/12/6-tip-merancang-perbelanjaan.html

hahahha... mana tak nya kena ngumpat, ada hati nak akai macam ni, izan awak tu tak bpe nak tinggi ada hati ke..??? 

SEKIAN, OKBAI.!~


PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK ZANIZAN HASSAN