June 08, 2011

who is Nora Elena...?

hello readers out there..
hmmm sejak kebelakangan ni ramai sibuk memperkatakan tentang satu drama yang sedang ditayangkan di TV3 pada jam 7 malam setiap Isnin hingga Khamis dan dram itu star ditayangkan pada 9 Mei yang lalu. drama yang bertajuk Nora Elena lakonan si panpacific Siti Saleha and the Aaron Aziz ni ak dapat tau telah diceduk atau dengan erti kata lain diadaptasikan dari sebuah novel cinta yang bertajuk Kasih Ynag Suci. Mule aku tengok episod pertama agak macam tak best, tapi aku tengok episod kedua macam dah nak besh,next day aku tunggu depan tv.balik kerja awal semata-mata nak tak nak miss sikit pon adegan dalam drama tu.hhhaaaaaaa...........jadi addict plak, dlu begitukah cinta now Nora Elena punye penangan habis heboh sana sini.


kakak kt opis ak lagi la siap tengok berulang-ulang kali cte tu kt youtube dari episod pertama.sanggup die mengadap benda tu berjam - jam. pada pendapat aku ceritamemang best.just nice,and not to complex i mean xd la serabut nk pahamkan jalan cerita ni.simple and details.maybe tu la yang membuatka hampir seluruh rakyat Malaysia terpaut hati dengan Nora Elena ni.

for those yang tak tau langsung pasal citer ni (ade ke yang tak tau ek...??) haa klu ade yang tak tau pasal kehebatan drama bersiri yang bakal tamat pada 16 Jun ni  let me share wit uoll's semua references sinopsis cerita ni k....

SINOPSIS :

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK ZANIZAN HASSAN