September 07, 2011

Raya Saya Punye : (PART 1)

Assalamualaikum
Setelah sekian lama aku tidak mengupdated blog aku ini, agaknya kalian semua mesti tertanya-tanya mana perginya aku menghilang, merajuk ke...? ooohh tidak sama sekali, aku tidak menghilangkan diri dan juga tidak merajuk dengan sesiapa pon, peehh hati kering. Bukan nya apalah kan, aku ada jew kat sini. buat hal aku sendiri and tak ganggu sesiapa pon. so, baru lah hari ini aku mendapat ketenangan dan berkesempatan untuk menaip bait-bait kata. 

untuk kali ini sama seperti penulis blog yang lain, yang sedang kemaruk dengan suasana hari raya.

SEBELUM TERLUPA, 
aku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

kepada semua yang mengfollow dan yang sudi singgah blog aku yang tidak seberapa ini.
so sekarang aku dengan rase bangganya nak share dengan korang semua apa yang berlaku dalam hidup aku sehari-hari di sepanjang sambutan hari raya pada tahun ini.
1 SYAWAL
Aku bangun awal kerana sibuk nak siapkan hidangan pagi raya, dan terima kasih diucapkan kepada kakak iparku tersayang kerana pada malam raya dia telah menolong aku di dapur menyiapkan rendang dan ayam masak merah yang super power sedap gila beb...!~ so tugas aku di pagi raya adalah masak lauk lodeh, is my favorite. 
sementara tunggu ayah, adik dan abang aku pulang dari masjid untuk solat sunnat hari raya, aku pon dok siapkan la makanan hidang atas meja makan. yummmy...!~

baju raya tahun ni agak mantol coz pilih warna merah. so combine kan dengan purple. hahahhha, suke2 je kan asal boleh, ala bukan ape lining baju aku ni warne purple so tu yang aku pon sarung je la shawl purple gak. hihi..
here they are, my along andhis cute famili..complete purple denga amani & afrina, baju anak2 kak lis yang jahit sendiri. soo cute kan..
my ayah, and adik. but adik lelaki lost. hihi...
so, pagi tu jgak kami pergi melawat kubur Ibu tersayang. aku amat terasa pada raya kali ni tanpa ibu. sangat sedih, tuhan je yang tahu betapa aku rindu kat mak. moga mak Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu ku. AL- FATIHAH.

setelah itu, pada sebelah petang pula, kami semua berhajat untuk pulang ke kampong. ala, nama je kampong tapi dekat je. jadi kami pon bergerak ke Kota Tinggi pada jam 2 petang dan sampai sana about half hour je. hihi. kami singgah bertandang ke rumah mak cik aku dulu. ramai yang ada kat sane, seronok.

with my cousins. we r BFF k..wink wink*
mak cik aku dah macam bibik dah kan..hahhhaha.!
sambil makan kuih
ya, pade raya pertama kami seluruh keluarga akan berkumpul dan berborak sampai lewat malam. itu adalah mesti. so, untuk raya kedua tunggu for my next post k...

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK ZANIZAN HASSAN