January 27, 2012

MANA MIKA...???

Assalamualaikum,
hari Jumaat yang baik ini aku nak sharing pasal satu situasi yang aku paling tak jangka berlaku pada cuti CNY baru baru ini.

Aku mengambil keputusan untk spent time dengan cousins ku yang tersayang di rumah makcik aku kat Kota Tinggi. so memang excited gila sebab lama tak balik sana sejak hari raya yang lepas. so, Sabtu mlm raya tu ak dah kemas barang n bergerak ke Kota Tinggi. now day perjalanan Johor Bahru ke Kota Tinggi hanya kira-kira lebih kurang 20 hingga 30 minit je, jalan dah upgraded ok.

Dan aku tidak lupa juga membawa yang tersayang bersama. my Mika-chan. Barang dia je ah satu bag, macam bawa anak balik kampong je kn.. mmg tak la, sbb sgale benda dia aku bawa kecuali cage.
haaa itu la yang menjadi masalah nya, cage travel aku tak ada. adoihye.. nasib baik la nak di jadikan cerita abang sepupu aku ng my cousin pon ada bela sugar glider ni, so die org ada cage lebih leh la pinjam sehari dua ni.

Sesampai je kat umah makcik aku tu, aku cari cage tuk mika dulu, kesian kot dia terperap dalam travel bag ni berejam sebab singgah sana sini sebelum bergerak ke destinasi utama. skali cousin ak bagi travel cage yang btol2 tuk gi travel. sekali laundry bag daa.. hahah laundry bag from ikea gitew.. hahahah sgt awesome k mika stay dalam tu je.. 

Petangnya pulak,  aku keluar pergi bandar kota, lepak nk makan. so, pulang je dari oldtown ak macam biasa la akan mencari mika klu setiap kali kau balik berjalan. serius mmg terkejut gila babeng bila tgok die xda dalam sleeping pouch tu.. aku dok godeh godeh laundry tu skali die terselit kt celah dahhh... ce tgok pic die ni...

sempoi je kan selit kat celah ni, siap bergulung lagi... aku pon apa lagi dok pekik la... sampai dia terbangun..hahah jahat btol kn kn...
                                           

"dik, mana mika???"
aku dok tanya kat cousin ak, yang dia plak lagi bikin aku cuak dengan expression muka yang sangat menakutkan. bertambah damn gile bila tengok muka die sebegitu.. 
"awak biar betol ngah, cari la btol2"
serius aku leh seriau kalau mika hilang... so the moral of the story is.......

taaadaaa dia memang bikin aku cuak time tu, risau la beb mana la tau die terlepas ke, merayap ntah kemana kan.. mak aii memang mau pengsan agaknya kalau btol lesap time tu. 
satu umah dok gelak kan mika sbb die selamba je dok tido celah strap laundry tu. bak kata adik aku, 

"macam tuan die, same je kot.. bawah katil pon jadi gak"

memang siot je statement kau .... hahahaha

Published with Blogger-droid v1.7.4

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

January 26, 2012

How are u Mika? - PART#1

Assalamualaikum...
lama aku tidak mengepos something kat blok ni... yela sice sibuk menguruskan hal anak peliharaan so, hidup jadi tak tentu hara sekelap.. nak manage banyak benda dalam satu masa memang tak menyempat...

ok la, just nak share about my anak peliharaan yang dah pon menjagkau 4 bulan umornya, MIKA. ak dah pelihara mika ni baru je sebula lebih, alhamdulllah akhirnya dia telah pon serasi dengan aku. memang makan masa dan mencabar nak mampos. but now, mika dah ok sehingga kan dia langsung tak crabbing.hahah amacam terror tak i trained die...huhuu!~

klu korang dok layan die kn, die act seolah-olah macam tak ada perasaan langsung and sangat jiwa kental. tak peduli apa pon yang ak buat kat die. seriously la wey aku cakap ni... tak percaya tu korang punya psal la k.

so, ap kata jom layan video MIKA tengah menjamu selera....




PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

January 13, 2012

Kehidupan 2012 : Permulaan yang baik

assalammualaikum semua, setelah sekian lama tidak mengupdate blog so, dikesempatan ini nk update la perihal di awal tahun baru, 2012.

alhamdulillah, ianya satu permulaan yanv baik dan positif. now setelah kehadiran mika, aku makin sibuk uruskan dia sampai lupa pasal masalah yg ada. tapi nak tak nak masalah perlu diselesaikan. so, persiapan untuk tempuh tahun ni aku dah prepared sebaik nya. harap2 la kan. hihihi.

now Page 13of 366,
jumaat yang tenang. aku ke ofis berbaju kurung. hmmm baju kurung uniform ofis, so stiap jumaat kne wear that baju kurung lah.. aku tempah kat kawan ofismate ak, serius murah gile. ak buat baju kurung moden, lengan puff n ad cekak button only RM35 ringgit je. jahitan die pon kemas. sedap2 je pakai kat badan. so, next time aku akn tempah dgn dia lah. hihi. leh standby baju raya ni.. ;)

perancangan masa depan, insyaallah. doa moga semuanya berjalan seperti yg dirancangkan. hmmm kesian encik aku tu, kerja keras sampai demam2 nk cari duit tuk kami. sanggup dia kerja pagi ke petang sampai bwk ke malam sekata mata nak capai impian kami. doa moga dia kuat n diberi kesihatan yang baik. amin.




SantapanMinda : Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. - Ibnu Qayyum
Published with Blogger-droid v1.7.4

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

December 30, 2011

Sadness, just 2011

Assalamualaikum,
hai semua pembaca yang sudi singgah bloggy aku yang tidak seberapa canggih ini. sob sob sedih jap. hihi
hahaha stop it la izan, bukan masanya nk bersedih. now kita berada di pengakhiran tahun 2011. so aku teringin plak nak share sedikit suka duka aku di sepanjang tahun ini sempena menyambut kedatangan tahun baru 2012.

jadi aku akan konkluskan sedikit moment aku untuk dikongsikn bersama korang semua. kira macam summary of my dear diary.
so, aku akan mula kan dengan apa yang berlaku pada awal tahun ini, tahun 2011.

Januari 2011
pada bulan ini, aku telah pon bekerja di syarikat yg aku sedang bekrja sekarang baru je 3 tahun. alhamdulillah dengan rezeki bekerja untuk pertama kali setelah bergelar graduan MARA, ak sangat hersyukur dengan apa yg ak dapat ketika itu. Tugasan sebagai HR sememangnya mencabar dan perlukan kebijaksanaa. ak bernasib baik sebab masih lagi menyimpan sgale nota dan bahan belajar yg berkaitan semasa di kolej.

APRIL
aku tak akan lupakan tarikh dimana emak telah meninggalkan kami sekeluarga. emak.pergi buat selamanya. amat sesih bila kenangkan pemergiannya adalah selepas dua hari ulang tahun nya yang ke 54 tahun. emak, kami semua rindukan emak. alfatihah.

JUN
hari demi hari aku teruskan hidup dengan ayah dan adik-adik. menguruskan semua hal keluarga menggantikan emak. kadang kadang teringat bila aku sendirian. hati seorang ibu tak siapa yang tahu dan aku mula sedar akan apa yang emak pesan pada aku dan aku sedang melalui dan.merasa apa yang emak rasa.

JULAI
ak mengmbil keputusan untuk mulakan hidup baru. tidak bermakna aku melupakan apa yang mak pesan, tapi aku cuba untuk jadi seperti emak. seperti emak menjaga anaknya terhadap adik adik aku. ayah mkin pulih, itu yang aku mahukan. aku bersyukur kerana mempunyai insan yang sangat mencintai aku. dia amat mengambil berat tentang aku dan keadaan adik dan ayah. kami telah pergi bercuti ke meraing untuk bercuti sempena hari keluarga.

OGOS
Bulan Ramadhn menjelang. pertama kali aku dan adik asik serta ayah menyambut kedatangan bulan ibadah tanpa emak. ramadhan pertama sangat terasa. mak akan masak yan sedap2. dan aku juga buat perkara yang sama. masak untuk keluarga tersayang.

SEPTEMBER
Kedatagan Syawal amat suram. aku cuba menutup rasa hati yang perit untuk aku paparkan pada adik adik dan ayah. pada 1syawal kami melawat pusara mak.

OKTOBER
si dia mula menyatakan hasrat untuk menamatkan hubungan kami dengan perkahwinan. perancangan mula dibincangkan. insyaallah.

NOVEMBER
kerja kerja kerja. tiada apa yang penting melainkan lerja mencari rezeki.

DISEMBER
si dia memberi hadiah yang istimewa. sugar glider. sia siapkan semuanya termasuk cage dan makanan ubtuk sugar glider.

sebenarnya, tiada apa yang hebat untuk tahun ini tanpa seorang ibu.

alfatihah. ZALEHA ABD RAHMAN
Published with Blogger-droid v1.7.4

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

December 12, 2011

Meet my Sugar Glider, MIka

hye assalamualaikum, serius la memang lama aku tidak menjenguk blog dan ianya sudey mulai berhabuk serawang lelabah pon dah naik. ok la setelah vakum habis habuk yang menggangu penulisan aku dan pembacaan kalian, now let me share a very new story that chilling me since a few weeks ago. hahahah

past last previous week la k, my mr.cyg had bough me a new creature yang now day became my second boyfriend evva!! sangat excited bile die setuju nak belikan full set of it tanpa ak keluarkan se $ pon.
yup, bukan nak cakap apa la, but my mr. cyg such a lovely guy n very understanding. he had to layan my kerenah that i want that, n i want this too.. 

soo here we goooo,
let ne intoduce to u my boyfriend foevva, MIka the SG.. !!
MIka ni male, around 2++month. such adorable kn. mmg agak payah la nk menjaga especially nak bond kan dia supaya dia kenal kita, adalah amat mencabar. perlukan kesabaran.

dalam proses perkenalan. perlu banyak kan bersabar and luangkan masa dengan dia...
and now dah almost 2 weeks, MIka getting ok n mesra. i got bitten by him but is normal la. just calm n steady je. n actually memang dalam proses nk jinak kn die or bonding mmg take a time n it depends on the SG itself too. 

ps; aku post via tabby so agak selambe je alignment huruhare. klu ad time aku edit la balik ye. ni just nak introduce my new pet. ;)
makan di buaian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK ZANIZAN HASSAN