September 07, 2011

Raya Saya Punye : (PART 1)

Assalamualaikum
Setelah sekian lama aku tidak mengupdated blog aku ini, agaknya kalian semua mesti tertanya-tanya mana perginya aku menghilang, merajuk ke...? ooohh tidak sama sekali, aku tidak menghilangkan diri dan juga tidak merajuk dengan sesiapa pon, peehh hati kering. Bukan nya apalah kan, aku ada jew kat sini. buat hal aku sendiri and tak ganggu sesiapa pon. so, baru lah hari ini aku mendapat ketenangan dan berkesempatan untuk menaip bait-bait kata. 

untuk kali ini sama seperti penulis blog yang lain, yang sedang kemaruk dengan suasana hari raya.

SEBELUM TERLUPA, 
aku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

kepada semua yang mengfollow dan yang sudi singgah blog aku yang tidak seberapa ini.
so sekarang aku dengan rase bangganya nak share dengan korang semua apa yang berlaku dalam hidup aku sehari-hari di sepanjang sambutan hari raya pada tahun ini.
1 SYAWAL
Aku bangun awal kerana sibuk nak siapkan hidangan pagi raya, dan terima kasih diucapkan kepada kakak iparku tersayang kerana pada malam raya dia telah menolong aku di dapur menyiapkan rendang dan ayam masak merah yang super power sedap gila beb...!~ so tugas aku di pagi raya adalah masak lauk lodeh, is my favorite. 
sementara tunggu ayah, adik dan abang aku pulang dari masjid untuk solat sunnat hari raya, aku pon dok siapkan la makanan hidang atas meja makan. yummmy...!~

baju raya tahun ni agak mantol coz pilih warna merah. so combine kan dengan purple. hahahhha, suke2 je kan asal boleh, ala bukan ape lining baju aku ni warne purple so tu yang aku pon sarung je la shawl purple gak. hihi..
here they are, my along andhis cute famili..complete purple denga amani & afrina, baju anak2 kak lis yang jahit sendiri. soo cute kan..
my ayah, and adik. but adik lelaki lost. hihi...
so, pagi tu jgak kami pergi melawat kubur Ibu tersayang. aku amat terasa pada raya kali ni tanpa ibu. sangat sedih, tuhan je yang tahu betapa aku rindu kat mak. moga mak Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu ku. AL- FATIHAH.

setelah itu, pada sebelah petang pula, kami semua berhajat untuk pulang ke kampong. ala, nama je kampong tapi dekat je. jadi kami pon bergerak ke Kota Tinggi pada jam 2 petang dan sampai sana about half hour je. hihi. kami singgah bertandang ke rumah mak cik aku dulu. ramai yang ada kat sane, seronok.

with my cousins. we r BFF k..wink wink*
mak cik aku dah macam bibik dah kan..hahhhaha.!
sambil makan kuih
ya, pade raya pertama kami seluruh keluarga akan berkumpul dan berborak sampai lewat malam. itu adalah mesti. so, untuk raya kedua tunggu for my next post k...

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

August 12, 2011

just a lil bit..

salam.
agak lama juga ya aku tidak mengepos sesuatu setelah berubah menjadi Elizabeth Taylor. opss. tidak. aku sebenarnya sedang sibuk mempersiapkan diri untuk preparation hari raya. banyak benda nak kena fikir selain kerja di office yang tak pernah susut. namun aku masih lagi dapat mencuri masa sedikit di bulan yang baik ini bersiar walaupon ianya cuma seketika tetapi sangat seronok. 
ianya tidak dirancang mahu pun diatur bagai stategi perang, my cousin ayon datang terjah selamber. time itu aku baru sahaja pulang dari berjalan kaki mencari my kitten entah mana dia menghilang. so, aku pon siap la denga keadaan yang tergesa-gesa nak cepatan la konon. tu yg tak sempat nak vogue. hihi. pakai sarong je la a yang ada. 



kami decided nak lepak kat Roots Bar, so kami pon melangkah pergi. nasib tak ramai, lupa ulak malam tu malam jumaat. so tak full macam every weekend. suasana agak tenang and kami pon decided nak stay luar je, dengan suara kami berborak gelak2 macam apa, memang sesuai la stay luar je ye.

pas minum just manggo yang mix dengan banana mula la rse lekat pekat melikat kat tekak ni, apa lagi mesti nak caption gambar, adoihye. ok la. smile kembong ya dear.



then, singgah sekejap dekat Miss Ireen Handmade Shoppe yang terletak bersebelahan deng Roots Bar ni.   (eh panjang pulak link ni....ok, never mine) 
so dok usha semua accessory yang sangat exclusive giler, she was super awesome gler. coz sanagt craetive and very Independence person. so sweet with her handmade stuff such as earing, headband and i very adore about her necklace. makk aii, sangat cantik. so after this tak payah la i sibuk nak cri ranrai yang rare merata tempt, just datang kat cini then she will customize it for u. huhuu.. kan ianya sangat exclusive.







here she is, Miss Ireen soo sweet.
macam biasa, kami akan melaram dengan accessory ni duu before kami decide nak beli ke tidak, boleh tak macam tuu...??
mirror mirror on the reflection
so, aku akan datang semula nak grab one of her necklace yang sangat unik. memang sweet sangat pakai time Miss Ayon's Wedding next month...hihihi.

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

August 04, 2011

Hari ke-4 Ramadhan - mata elizabeth taylor

Salam semua, ya hari ni ada semangat yang semacam pagi-pagi lagi. Ya, i'm working la very theeee...
semangat nak melaram terlebih sikit hari ni coz pakai lens baru..huhuhu...hmm, so rase hari ni lebih berkeyakinan dengan lirikan mata yang blues macam ni. hihii...actually lens ni dah lama beli just tak pakai-pakai coz warnanya agak mantol tetiba. tu yang pikir beribu kali nak lekatkan kan dalam biji mata ni.

amacam ada same tak mata aku dengan gambar di bawah...???hahaha...






alahai...kalau lah bermata biru macam Elizabeth Taylor ni kan seronok...nampak bluuueee je kan.. fresh ocean sky amak ape daahh...! tapi itu la kan manusia ni tak pernah syukur dengan apa yang dia ada. dah bagi ra,but hitam, di kuning kan, dah di bagi mata coklat nak request jadi biru plak, one more thing yang sangat poyo ni, siap nak surgery tukar jantina..Masyaallah, orang macam ni sepatutnya sedar dan perlu dimotivasikan serta di brainwash kan otak mereka ni...
Jadi sebagai umat Islam, jangan kita perpelakuan seperti yang tersebut, kerana ianya dilaknat di sisi tuhan. so, ianya sebagai peringatan untuk diri aku sendiri juga. neway, im proud and thankful for being in Islam. peaceee..!

PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

August 02, 2011

Ramadhan without Her

salam.
selamat menyambut bulan Ramadhan. dan bersyukur kerana akhirnya kita semua dapat menikmati ramadhan untuk kali ini bersama. dan inilah kali pertama saya dan adik-adik menyambut ramadhan tanpa ibu tersayang. sangat-sangat terasa bila ingatkan semula saat-saat nak ada bersama. memang sabak dalam hati ni, tapi saya sendiri yang tanggung. saya mesti kuat dan kena take care of my brother and my sister. they now need me a lot, so i have to be strong enough for them to survive. kekuatan ini datang dari memori yang tak akan pernag hilang dalam ingatan.
EMAK, SESUNGGUHNYA KAMI AMAT MERINDUIMU

hmmm....dan saya agak kebusi'an sejak hujung minggu lepas menguruskan hal rumah. nak uruskan preparation puasa and some unnecessary matter tapi still layan kan juga. dont know why...??
hmmm...malam disepanjang ramadhan ini insyaalah saya akan pergi menunaikan solat terawih di Masjid Bandar Baru Uda. ya, kali ni if nothing obstacle saya akan teruskan niat untuk tidak miss sehari pos solat  terawih. doa-doa la ye, hopefully saya diberi kesempatan serta kesihatan yang baik sepanjang bulan baik ni. AMIN.
PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

July 29, 2011

Booolaaaa - Tanah Tumpah Darahku

salam sahabat, ya saya selaku pemain ke 12 bagi skuad bola sepak negara saya pasti kalian diluar juga merasakan kekecewaan serta T.P.H ke(tidakpuashatian) terhadap apa yang berlaku di stadium malam tadi.
mak aaii, macam VO rencana pa pulak ka. tapi ya memang benar kata rakan-rakan Facebook ku yang lain bahawa si jersi merah memang dasar sandiwara pura - pura semuanya. so, saya selaku rakyat yang sebahagianya juga made from that side, akan berkata. 
"yo yang penting kami ke 3 round beb.."
hey, not that la k. saya tetap di tanah tumpah darahku ini, even seberang menang tapi kalian pon mesti dapat menilai mutu permainan malam tadi. yes dear sangat tak profesional langsung wahai jersi merah... dan apalah yang perlu dibanggakan sangat tentang skuad singa tu, almost half of the member team import maliii...adoihye, tidak melambangkan semangat jiwa raga k.. sekali pandang yup, macam vocalist Maroon 5 pon ada jugak kan...hiihi...memang apalah sangat coz macam tak ada stok-stok ke wargenegara sendiri yang boleh menyumbang bakti, ini tidak, nak mengharapkan orang luar je..kalau macam tu KAMI pon boleh maaa....

dan nak dipendekkan cerita la, skuad Malaysia memang terbaik la k...they totally awesome fabulous...! 
 
saya amat teruja dengan ketangkasan keeper terbaik Asia, Khairul Fahmi Che Mat. dia boleh dinobatkan sebagai Man of The Match pada malam tu.. dia banyak saved bola dari hentaman yang diberi oleh skuad singa. terbang sana terbang sini  beb...tapi Khairul still maintain cool je..hihii....double thumb up to u guys...





SAFEE-KUNALAN-
Dan sama juga dengan pemain lain especially Safi Ali...jeng jeng jeng dia lah yang dapat merembat selambe dek je depan keeper jersi merah tu berdesup laju...memang cantik goal yang dia bagi malam tadi..saya punyalah happy terlompat-lompat...ala u'olls pon smakan tak payah la nak tipu kan kan...even yang stay kat mamak stall pon teriak bagai nak hapa je..lagi la, daripada tak kenal terus jadi kenal...peehh, bola ni boleh mengikat kan talian silaturahim pulak...

SHABAS RAKYAT MALAYSIA...

Shahrul idlan-Safiq- Safee



one more thing, mana Sharul ye? hmmm suka sangat kalua dia ada sekali dengan Safee... dia pon sangat sangat lah ok bila bergandingan dengan Safee, but tidak diturunkan, maybe dia injured kot..hmmm..but never mine la...
tapi yang penting kekalahan kita ini adalah satu pengajaran dan memberi semangat kepada semua team skuad kebangsaan untuk lebih berdaya saing lagi.. once again tabik springgg khas ditujukan kepada Dato'K.Rajagopal...



"MAJULAH SUKAN BOLA SEPAK UNTUK NEGARA"






PECAH KACA PECAH GELAS KALAU DAH BACA SILA LA COMMENTS,EH BALAS...HIHIHI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK ZANIZAN HASSAN